Monday, April 25, 2011

DIVA

Almarhummah Biduanita Negara SALOMA [SALMAH] ISMAIL
Meninggal Dunia pada: 1983

Sebuah rancangan terbitan RTM1 waktu siaran 1.45ptg.  Interview Keluarga... biduanita seniwati Allahyarhamah Saloma Ismail.  Antaranya mummy Seniwati Hjh Mariani Ismail [kakak saloma] di permulaan rancangan di tanya/temuramah berkenaan isu mengatakan  'Saloma di biar semasa sakit dan tidak di pedulikan hingga meninggal dunia'


Selanjutnya baca disini................
berita ini telah di jwb oleh mummy dan berharap agar jawapan yang di beri sudah cukup memadai dan berharap berita2 seperti ini di hentikan, anak2 sdr seniwati saloma seperti Shasa turut memberikan komen berkenaan isu yang agak hangat di internet, beliau juga menceritakan saat2 akhir di mana beliau dan juga dian bergilir2 menjaga biduanita negara itu dan tidak faham mengapa cerita2 ttg almarhumah tidak di pedulikan di sebarkan dgn begitu berleluasa, sedangkan katanya lagi beliau ada setiap masa saat almarhumah betul2 sedang tenat hingga waktu beliau meninggal dunia.

Sementara Melissa Saila yang masih kecil waktu tu.. masih lagi ingat banyak kenangan bersama ibu sdrnya itu, dan menceritakan bagai mana sikap dan diri almarhumah, satu pengalaman yang tak mungkin dapat beliau lupakan, dan bila menyebut ttg ibu sdrnya ini, Rozita Rohaizad juga menceritakan pengalaman beliau bersama ibu sdrnya.. dgn nada sayu/sebak menceritakan pengalaman dan kenangannya sewaktu biduanita negara itu membawa anakw sdrnya membuat rambut dan sebagainya benar2 sayu hati bila menonton

Begitulah kisah berkenaan biduanita Allahyarhamah Saloma Ismail...kalau nak di ikutkan, masa yang begitu ringkas tak cukup untuk mengupas satu persatu kisah dan sejarah biduanita negara ini, namun demikian, saya bersyukur kerana masih ada lagi pihak seperti RTM memberi perhatian berkenaan Almarhumah dan juga ahli keluarga dan juga warisan Allmarhumah biduanita Saloma, dan segala pengalam ini membuatkan semua yang di tanya ttg almarhumah akan terus merasa sebak dan sayu, ramai yang masih menghargai Allahyarhamah biduanita negara Saloma Ismail seorang bintang dan artis tersohor yang tiada tolok bandingannya...

Terima kasih RTM terima kasih org persaorangan yang masih mengingati Saloma, perginya dia... seorang lagenda bintang yang telah banyak berjasa buat bangsa dan negara, meninggalkan seribu satu kenangan manis buat insan2 yang rapat dgn beliau, para peminat beliau yang masih setia hingga kini seperti saya, dan tak mungkin dapat kami lupakan..... jasa mu di kenang.... istirehatkan bersama kekasih mu doa kami sekeluarga agar diri mu senantiasa bahagia dan tenang di sana AMIN .......ALFATEHA

berita selanjutnya anda boleh KLIK DISINI

Diva.part.2

Diva.part.2

ni satu lagi sambungan dari diva part.1

Diva part.1 24 april 2011

Diva part.1


Lepas video ibu interview mummy tempohari, barulah kluar show berkenaan almarhumah biduanita saloma di rtm berturut2 sejak smlm di RTM 1 jam 9mlm ada rancangan AKU DIA DAN LAGU selama sejam, Mereke mengeluarkan cerita2 ttg mama, tapi tulah masa tu singkat sgt kalau dapat di pjngkan skit kan bagus, namun demikian bersyukur sgt masa ibu tonton dgn anak ibu sampai menitiskan air mata. 
Rasa sebak baru sekarang ada cerita ttg beliau, dan harini jam 1.45ptg ada rancangan DIVA singkat jer interview dgn ahli keluarga almarhumah, berkenaan beliau sekali lagi disiarkan kebetulan hari adalah tarikh beliau pergi meninggalkan kita.. dan berkesempatan ini juga dj2 di luahanrasa.FM http://www.luahanrasa.com turut memutarkan lagu2 nyanyian almarhumah dan juga bacaan ayat suci alquran setiap mlm bermula smlm jam 10mlm hinggalah ke 3pagi - ALFATEHA......

Saturday, April 2, 2011

Lirik lagu Apa Guna Berjanji (Saloma)

Ni satu lagi lagu yang ibu suka jom layann

Lirik lagu Apa Guna Berjanji (Saloma)

Apa guna berjanji
Kalau tak ditepati
Kelak meracun hati
Tuan sendiri
Mengigit jari

Jangan main asmara
Bukan mudah bercinta
Yang ditunggu tak tiba
Tidur tak lena
Mandi tak basah

Korus:

Dengar lah
Nasihat ku ini
Mari hiburkan hati

Apa guna berduka cita
Nanti tuan merana
Oh…awaslah
Wahai taulan

Cinta bukan mainan
Bila sudah tertawan
Tak takut ribut
Ataupun taufan

(Ulang korus)


Friday, April 1, 2011

Sessi Interview Seniwati Hjh Mariani Ismail

Interview Part.1,2 & 3 oleh : DJ Ibumisali & Rozita Rohaizad
Tempat di: Mandarin Court Hotel
Pada: 25 March 2011
jam: 9mlm -10.30mlm

Nak jadi anak seni bukan senang, kadang2 pandangan dan tomahan terhadap mereka, tak kiralah apa usaha mereka kalau tak suka macam2 di kata, tapi itulah hakikat hidup kita manusia ni. Setelah mengenali artis2 veteran dan penyanyi yang ibu temubual barulah ibu tahu betapa tabahnya mereka ni melalui perjalanan hidup mereka sebagai anak seni, berbagai tomahan dan dugaan yang mereka terima, tapi semua itu di tolak tepi kerana bagi mereka ini adalah tugas yang harus di laksanakan.

Biasalah bila orang tak kenal mcm2 yang di kata, tapi ibu salutlah dgn mummy seniwati Hjh,Mariani Ismail, beliau ni sorang yang sgt sporting, tabah, ramah dan sempoi je bila berbual senantiasa tersenyum dan mudah ketawa. Ini membuatkan kita yang interview rasa mcm bual dgn Mak sendiri kita macam perbualan anak beranak gitu, sikap beliau yang bila berbual dgn nada tenang dan senantiasa rendah diri membuatkan ibu rasa sayang dgn beliau, bukan nak memuji tapi itulah sifat2 yang di tunjukkan oleh beliau, walaupun sudah bergelar SENIWATI namun beliau tidak pernah meninggi diri :) selalu menjaga kata2nya.

Sepanjang perbualan kami, ibu lihat mummy jarang nak menyentuh peribadi orang lain, melainkan kalau cerita tu sesuatu yang mencuit hati atau sebagainya... beliau byk menceritakan pengalaman sebagai anak wayang byk yang manis2 belaka, beliau yang senang dgn panggilan mummy atau mak dgn senang hati menceritakan pengalaman2 manis masa lalunya, dan dalam setiap perbualannya seringkali di selitkan kenangan beliau bersama biduanita Allahyarhamah Saloma dan juga iparnya Allahyarham P.Ramlee.

Seronok dgr dia cerita mummy sampai byk yang nak ibu tanya, tapi tulah suara dah tak ada tgh sakit pulak kalau tak mesti tak kasi mummy balik lagi hehehe, kesian mummy balik agak lewat jugak tapi tulah dia sikap mummy mcm ibu ckp lah ibarat kita bual dgn mak sendiri dia tak kisah jer best mummy, sampai bual punya bual camera naik panas dok mati2 je geram camera ni.. tapi sempat hidupkan sampai ibu kata pada mummy, jap jap jap [video mati :D] tak lengah lagi lekas2 ibu on kan balik sebab mummy tgh sedap bercerita..... pada ibu kalau boleh semua yang mummy cerita nak selit dalam video rakaman ibu kali ni sebab pada ini adalah satu khazanah yang harus dan wajib di rakam kan dan boleh di jadikan bahan rujukkan, apa pun segulung ucapan ribuan terima kasih kepada mummy moah moah moahhh :D kerana sudi di temuramah ibu dan juga anak beliau rozita rohaizad yang turut sama membantu ibu interview [kalau tak ada rozy teruk jugak ibu nak interview sorang2 dgn suara yang rock haha aduiiyaii terima kasih byk2 rozy ur the best my dear]. Apa pun ini satu kenangan yang tak mungkin ibu lupakan sampai bila2.

Byk yang ibu pelajari dari temuramah kali ni, sikap sabar dan tawakal dengan ketentuan yang telah Allah berikan yang mana katanya kita harus reda dan terima dgn ikhlas, masih teringiang2 di telinga ibu akan kata2 mummy tu, dan katanya lagi jika sesuatu tugas di beri kepada kita... kita harus pastikan kita lakukan dgn baik, dan anggap ini adalah tugas, dan hidup harus ada disiplin dan jangan pening2kan kepala dengan hal2 yang boleh merungsingkan diri, byk kebenaran dari kata2 beliau ni.

Saya Dj Ibumisali hanya menjalankan tugas merakam pengalaman mummy Seniwati Hjh.Mariani Ismail hanya untuk tontonan anda semua..... Sebelum saya akhiri... sekali lagi ucapan terima kasih dan juga sayang saya buat mummy, saya juga keluarga senantiasa mendoakan mummy sekeluarga senantiasa sihat walafiat dan gembira di samping keluarga tersayang, moga di permudahkan segala urusan mummy Seniwati Hjh.Mariani Ismail amin....

Anda mendengar ... memerhati... dan belajar dari pengalaman dan tips2 yang mummy Hjh.Mariani kongsikan moga ia dapat memberikan inspirasi dan kesedaran buat anda yang menonton wawancara kali ni... selebihnya.. saya serahkan kepada anda untuk menilainya sendiri, walau bagaimana pun video ini hanyalah buat tontonan keluarga dan peminat mummy semata, kalau ada tersalah tersilap dalam menjalankan tugas atau tersalah typo dalam video atau pun coretan saya ini, sepuluh jari saya susunkan dgn kata2 maaf saya pohonkan.

* Kami sokong semua Warisan Almarhummah Saloma dan Allahyarham P Ramlee.. ALFATEHA........... buat mereka berdua ... moga di tempatkan di samping orang2 yang beriman amin...

wabillahitaufikwalhidayah wassalamualaikum warahmatullahi wabarokatuh. Sekian dari saya

~ DJ IBUMISALI

Interview mummy part.1






lagu nyanyian biduanita Saloma












Bila hati telah retak
hidup berteman si air mata
bila laut tak berombak
segunung pujuk tak berguna

bila hari telah senya
alamat malam menjelang tiba
bila jiwa telah merana
segala yang indah kosong belaka

ya Allah maha kuasa
mendatar gunung mengeling launtan
lepaskan daku dari cengkaman
jika batin yang menyeksa

bila cinta telah berkecai
kenangan jadi racun berbisa
bila budi tak bernilai
hanya insan diwajah saja

* suka lagu ni tapi..sayangnya tak tau apa tajuk lagi ni kurang pasti pulak, kalau ada yang tahu tolong beritau... terima kasih