Saturday, May 24, 2014

PANGGONG SANDIWARA II - MEAC FUCHUN CC


PANGGONG SANDIWARA II
Sabtu, 24 Mei 2014
2.30 - 6petang
di Kelab Masyarakat Fuchun CC

Projek kali ini berbeza dari yang sudah sudah, selain dari selinga video Filem sewaktu zaman jalan ampas di putarkan, Artis Veteran Filem Klasik Melayu tahun 50an - 60an masuk kedalam dewan berpasang pasangan, rasanya masa ni memang ramai peminat tidak mahu lepaskan peluang untuk mengambil gambar artis kesayang mereka, jelas terbayang di wajah semua hadirin yang hadir tersenyum melihat Artis Veteran yang masuk kedewan terus ke atas pentas.

Info selanjutnya baca di SINI
gambar FB sekitar projek klik di SINI

Friday, March 8, 2013

Pelakun veteran Jalan Ampas

Gambar kenangan bersama dgn Allahyarham pak Sudin dan isteri
di pusat makanan Clementi (singapore)

Al Fateha 4/6/2013 10.56pagi - S.Shamsuddin bin Dali atau nama panggilan rakan rakan di jln ampas
popular dengan pangilan 'Sudin', Pak sudin meninggalkan isteri Puteh binti Esmoon yg di kawininya
pada tahun 1954 dan telah mempunyai 7 orang anak dan 14 cucu, moga rohnya di tempatkan
bersama orang orang yang solleh amin.. ALFATEHA 

Wednesday, February 27, 2013

PENTAS LESTARI SENI VI - TRIBUTE ARTIS VETERAN

Acara : "PENTAS LESTARI SENI VI"
Di : Fuchun CC MAEC
Pada : Ahad 24 Feb 2013
Jam : 2.30 - 5.30ptg
Tiket berharga: $ 8 



Depan (duduk) dari kiri: S Rosley, M Wari, Wahid Satay, Mariani Ismail, Datin Umi Kalthum,
Dato' Aziz Sattar, Neng Yatimah, Dato' Mustapha Maarof, Salmah Ahmad, Momo Latiff,
tamu, Hashimah Yon, Habibah Haron, K Fatimah (sebahagian dari artis veteran yang hadir)

Baru-baru ni telah di adakan satu acara gilang gemilang khas bagi artis-artis veteran pada zaman 50,60,70 dan juga 80.  Acara gilang gemilang ini di anjurkan oleh Balai Rakyat Fuchun CC di mana acara ini di ada kan istimewa bagi memperingati jasa bintang filem pada zaman itu, dengan harapan anak muda kita pada zaman ini akan senantiasa tahu sumbangan yang telah di berikan oleh semua artis artis filem dalam dan luar negeri di samping itu juga dapat bersua muka secara dekat mengenal mereka secara peribadi di samping dapat bergambar kenangan bersama mereka.

Usaha keras dan kerjasama semua pihak lebih lebih lagi dari AJK MAEC Fuchun CC sendiri telah membuahkan hasil dengan kelancara projek ini berlangsong, tahniah kepada pegerusi projek, juga kepada MAEC Fuchun CC moga maju jaya di masa hadapan amin.. 

info selanjutnya klik di SINI
Facebook klik di SINI

Monday, April 25, 2011

DIVA

Almarhummah Biduanita Negara SALOMA [SALMAH] ISMAIL
Meninggal Dunia pada: 1983

Sebuah rancangan terbitan RTM1 waktu siaran 1.45ptg.  Interview Keluarga... biduanita seniwati Allahyarhamah Saloma Ismail.  Antaranya mummy Seniwati Hjh Mariani Ismail [kakak saloma] di permulaan rancangan di tanya/temuramah berkenaan isu mengatakan  'Saloma di biar semasa sakit dan tidak di pedulikan hingga meninggal dunia'


Selanjutnya baca disini................
berita ini telah di jwb oleh mummy dan berharap agar jawapan yang di beri sudah cukup memadai dan berharap berita2 seperti ini di hentikan, anak2 sdr seniwati saloma seperti Shasa turut memberikan komen berkenaan isu yang agak hangat di internet, beliau juga menceritakan saat2 akhir di mana beliau dan juga dian bergilir2 menjaga biduanita negara itu dan tidak faham mengapa cerita2 ttg almarhumah tidak di pedulikan di sebarkan dgn begitu berleluasa, sedangkan katanya lagi beliau ada setiap masa saat almarhumah betul2 sedang tenat hingga waktu beliau meninggal dunia.

Sementara Melissa Saila yang masih kecil waktu tu.. masih lagi ingat banyak kenangan bersama ibu sdrnya itu, dan menceritakan bagai mana sikap dan diri almarhumah, satu pengalaman yang tak mungkin dapat beliau lupakan, dan bila menyebut ttg ibu sdrnya ini, Rozita Rohaizad juga menceritakan pengalaman beliau bersama ibu sdrnya.. dgn nada sayu/sebak menceritakan pengalaman dan kenangannya sewaktu biduanita negara itu membawa anakw sdrnya membuat rambut dan sebagainya benar2 sayu hati bila menonton

Begitulah kisah berkenaan biduanita Allahyarhamah Saloma Ismail...kalau nak di ikutkan, masa yang begitu ringkas tak cukup untuk mengupas satu persatu kisah dan sejarah biduanita negara ini, namun demikian, saya bersyukur kerana masih ada lagi pihak seperti RTM memberi perhatian berkenaan Almarhumah dan juga ahli keluarga dan juga warisan Allmarhumah biduanita Saloma, dan segala pengalam ini membuatkan semua yang di tanya ttg almarhumah akan terus merasa sebak dan sayu, ramai yang masih menghargai Allahyarhamah biduanita negara Saloma Ismail seorang bintang dan artis tersohor yang tiada tolok bandingannya...

Terima kasih RTM terima kasih org persaorangan yang masih mengingati Saloma, perginya dia... seorang lagenda bintang yang telah banyak berjasa buat bangsa dan negara, meninggalkan seribu satu kenangan manis buat insan2 yang rapat dgn beliau, para peminat beliau yang masih setia hingga kini seperti saya, dan tak mungkin dapat kami lupakan..... jasa mu di kenang.... istirehatkan bersama kekasih mu doa kami sekeluarga agar diri mu senantiasa bahagia dan tenang di sana AMIN .......ALFATEHA

berita selanjutnya anda boleh KLIK DISINI

Diva.part.2

Diva.part.2

ni satu lagi sambungan dari diva part.1

Diva part.1 24 april 2011

Diva part.1


Lepas video ibu interview mummy tempohari, barulah kluar show berkenaan almarhumah biduanita saloma di rtm berturut2 sejak smlm di RTM 1 jam 9mlm ada rancangan AKU DIA DAN LAGU selama sejam, Mereke mengeluarkan cerita2 ttg mama, tapi tulah masa tu singkat sgt kalau dapat di pjngkan skit kan bagus, namun demikian bersyukur sgt masa ibu tonton dgn anak ibu sampai menitiskan air mata. 
Rasa sebak baru sekarang ada cerita ttg beliau, dan harini jam 1.45ptg ada rancangan DIVA singkat jer interview dgn ahli keluarga almarhumah, berkenaan beliau sekali lagi disiarkan kebetulan hari adalah tarikh beliau pergi meninggalkan kita.. dan berkesempatan ini juga dj2 di luahanrasa.FM http://www.luahanrasa.com turut memutarkan lagu2 nyanyian almarhumah dan juga bacaan ayat suci alquran setiap mlm bermula smlm jam 10mlm hinggalah ke 3pagi - ALFATEHA......

Saturday, April 2, 2011

Lirik lagu Apa Guna Berjanji (Saloma)

Ni satu lagi lagu yang ibu suka jom layann

Lirik lagu Apa Guna Berjanji (Saloma)

Apa guna berjanji
Kalau tak ditepati
Kelak meracun hati
Tuan sendiri
Mengigit jari

Jangan main asmara
Bukan mudah bercinta
Yang ditunggu tak tiba
Tidur tak lena
Mandi tak basah

Korus:

Dengar lah
Nasihat ku ini
Mari hiburkan hati

Apa guna berduka cita
Nanti tuan merana
Oh…awaslah
Wahai taulan

Cinta bukan mainan
Bila sudah tertawan
Tak takut ribut
Ataupun taufan

(Ulang korus)