Tuesday, February 22, 2011

Intro Blog Lagenda

Bissmillahirahmanirahim, Salam ukhwah buat semua sahabat, pengunjung setia blog lagenda serta para peminat seniman dan seniwati tanah air am nya.  Sebagai pengenalan saya ni bukan pemberita, bukan penulis artikel, tapi saya amat mengagumi para seniman dan seniwati tanahair dan menghargai jasa2 yang telah mereka lakukan buat bangsa, negara juga dunia perfileman dan musik tanah air.  Apa yang bakal saya kongsikan di sini semua dari apa yang saya rasa dan apa yang telah di kongsi kan pada saya, kalau terdapat sebarang kesalahan dan info yang tersalah saya susun sepuluh jari kemaafan, jangan segan untuk menegur saya, kerana saya pun masih belajar,  moga dgn teguran baik dapat merangsang minda saya untuk mengumpul lebih byk info dan menulis insyallah doakan saya yer.

Alkisah izinkan saya mulakan luahan Rasa saya berkenaan Blog Lagenda ini......

Blog ini bagi memperingati sumbangan lagenda seniman dan seniwati tanah air yang telah banyak memberikan sumbangan dalam dunia perfileman serta musik tanah air, bagi saya mereka ini lebih dari Lagenda yang tiada tolok bandingannya, mereka harus kita hargai selagi mereka masih hidup, bukan hanya selepas mereka sudah tiada, kerna pada saya jika mahu hargai jasa sesaorang haruslah waktu org itu masih hidup, sekurang2nya mereka2 yang telah banyak berjasa untuk dunia perfileman dan musik tanah air, dapat merasakan yang mereka di hargai walaupun di usia senja, berbaloi gitu segala usaha yang di lakukan sepanjang hayat mereka, masyarakat lebih2 lagi orang2 tertentu menhargai usaha mereka tu, bukan nak mendewakan tapi MENGHARGAI segala usaha keras mereka selama ini.

Dalam coretan dan post blog saya akan datang, berkemungkinan saya akan lampirkan posting di merata internet yang mana boleh saya jadikan bahan dan akan saya kumpul di page ini, dan dgn itu saya dahului dgn ucapan ribuan terima kasih pada artikel2 dan info2, serta gambar2 lama  yang bakal saya lampirkan di website ini.

Hargai JASA SENIMAN & SENIWATI kita selagi mereka ada... assest negara penting buat kita, doa saya buat mereka yang masih hidup, moga hari2 yang di lalui akan lebih tenang dan gembira bersama keluarga, dgn bertambah kesihatan diri sihat dunia akhirat insyallah amin dan moga di permudahkan segala urusan dan di murahkan rezeki walaupun dlm usia emas, moga dapat terus berkarya dan salam kasih sayang dari kami semua peminat setia Lagenda...

Sekalung doa buat seniman dan seniwati tanahair yang sudah tiada,moga aman di sisi nya ALFATEHA....

ps: info ini akan di kemas kini dari masa ke masa..[untuk masa ini, terimalah seadanya]