Interview Part.1,2 & 3 oleh : DJ Ibumisali & Rozita Rohaizad
Tempat di: Mandarin Court Hotel
Pada: 25 March 2011
jam: 9mlm -10.30mlm
Nak jadi anak seni bukan senang, kadang2 pandangan dan tomahan terhadap mereka, tak kiralah apa usaha mereka kalau tak suka macam2 di kata, tapi itulah hakikat hidup kita manusia ni. Setelah mengenali artis2 veteran dan penyanyi yang ibu temubual barulah ibu tahu betapa tabahnya mereka ni melalui perjalanan hidup mereka sebagai anak seni, berbagai tomahan dan dugaan yang mereka terima, tapi semua itu di tolak tepi kerana bagi mereka ini adalah tugas yang harus di laksanakan.
Biasalah bila orang tak kenal mcm2 yang di kata, tapi ibu salutlah dgn mummy seniwati Hjh,Mariani Ismail, beliau ni sorang yang sgt sporting, tabah, ramah dan sempoi je bila berbual senantiasa tersenyum dan mudah ketawa. Ini membuatkan kita yang interview rasa mcm bual dgn Mak sendiri kita macam perbualan anak beranak gitu, sikap beliau yang bila berbual dgn nada tenang dan senantiasa rendah diri membuatkan ibu rasa sayang dgn beliau, bukan nak memuji tapi itulah sifat2 yang di tunjukkan oleh beliau, walaupun sudah bergelar SENIWATI namun beliau tidak pernah meninggi diri :) selalu menjaga kata2nya.
Sepanjang perbualan kami, ibu lihat mummy jarang nak menyentuh peribadi orang lain, melainkan kalau cerita tu sesuatu yang mencuit hati atau sebagainya... beliau byk menceritakan pengalaman sebagai anak wayang byk yang manis2 belaka, beliau yang senang dgn panggilan mummy atau mak dgn senang hati menceritakan pengalaman2 manis masa lalunya, dan dalam setiap perbualannya seringkali di selitkan kenangan beliau bersama biduanita Allahyarhamah Saloma dan juga iparnya Allahyarham P.Ramlee.
Seronok dgr dia cerita mummy sampai byk yang nak ibu tanya, tapi tulah suara dah tak ada tgh sakit pulak kalau tak mesti tak kasi mummy balik lagi hehehe, kesian mummy balik agak lewat jugak tapi tulah dia sikap mummy mcm ibu ckp lah ibarat kita bual dgn mak sendiri dia tak kisah jer best mummy, sampai bual punya bual camera naik panas dok mati2 je geram camera ni.. tapi sempat hidupkan sampai ibu kata pada mummy, jap jap jap [video mati :D] tak lengah lagi lekas2 ibu on kan balik sebab mummy tgh sedap bercerita..... pada ibu kalau boleh semua yang mummy cerita nak selit dalam video rakaman ibu kali ni sebab pada ini adalah satu khazanah yang harus dan wajib di rakam kan dan boleh di jadikan bahan rujukkan, apa pun segulung ucapan ribuan terima kasih kepada mummy moah moah moahhh :D kerana sudi di temuramah ibu dan juga anak beliau rozita rohaizad yang turut sama membantu ibu interview [kalau tak ada rozy teruk jugak ibu nak interview sorang2 dgn suara yang rock haha aduiiyaii terima kasih byk2 rozy ur the best my dear]. Apa pun ini satu kenangan yang tak mungkin ibu lupakan sampai bila2.
Byk yang ibu pelajari dari temuramah kali ni, sikap sabar dan tawakal dengan ketentuan yang telah Allah berikan yang mana katanya kita harus reda dan terima dgn ikhlas, masih teringiang2 di telinga ibu akan kata2 mummy tu, dan katanya lagi jika sesuatu tugas di beri kepada kita... kita harus pastikan kita lakukan dgn baik, dan anggap ini adalah tugas, dan hidup harus ada disiplin dan jangan pening2kan kepala dengan hal2 yang boleh merungsingkan diri, byk kebenaran dari kata2 beliau ni.
Saya Dj Ibumisali hanya menjalankan tugas merakam pengalaman mummy Seniwati Hjh.Mariani Ismail hanya untuk tontonan anda semua..... Sebelum saya akhiri... sekali lagi ucapan terima kasih dan juga sayang saya buat mummy, saya juga keluarga senantiasa mendoakan mummy sekeluarga senantiasa sihat walafiat dan gembira di samping keluarga tersayang, moga di permudahkan segala urusan mummy Seniwati Hjh.Mariani Ismail amin....
Anda mendengar ... memerhati... dan belajar dari pengalaman dan tips2 yang mummy Hjh.Mariani kongsikan moga ia dapat memberikan inspirasi dan kesedaran buat anda yang menonton wawancara kali ni... selebihnya.. saya serahkan kepada anda untuk menilainya sendiri, walau bagaimana pun video ini hanyalah buat tontonan keluarga dan peminat mummy semata, kalau ada tersalah tersilap dalam menjalankan tugas atau tersalah typo dalam video atau pun coretan saya ini, sepuluh jari saya susunkan dgn kata2 maaf saya pohonkan.
* Kami sokong semua Warisan Almarhummah Saloma dan Allahyarham P Ramlee.. ALFATEHA........... buat mereka berdua ... moga di tempatkan di samping orang2 yang beriman amin...
wabillahitaufikwalhidayah wassalamualaikum warahmatullahi wabarokatuh. Sekian dari saya
~ DJ IBUMISALI
Interview mummy part.1
Friday, April 1, 2011
lagu nyanyian biduanita Saloma
Bila hati telah retak
hidup berteman si air mata
bila laut tak berombak
segunung pujuk tak berguna
bila hari telah senya
alamat malam menjelang tiba
bila jiwa telah merana
segala yang indah kosong belaka
ya Allah maha kuasa
mendatar gunung mengeling launtan
lepaskan daku dari cengkaman
jika batin yang menyeksa
bila cinta telah berkecai
kenangan jadi racun berbisa
bila budi tak bernilai
hanya insan diwajah saja
* suka lagu ni tapi..sayangnya tak tau apa tajuk lagi ni kurang pasti pulak, kalau ada yang tahu tolong beritau... terima kasih
Tuesday, February 22, 2011
Intro Blog Lagenda
Bissmillahirahmanirahim, Salam ukhwah buat semua sahabat, pengunjung setia blog lagenda serta para peminat seniman dan seniwati tanah air am nya. Sebagai pengenalan saya ni bukan pemberita, bukan penulis artikel, tapi saya amat mengagumi para seniman dan seniwati tanahair dan menghargai jasa2 yang telah mereka lakukan buat bangsa, negara juga dunia perfileman dan musik tanah air. Apa yang bakal saya kongsikan di sini semua dari apa yang saya rasa dan apa yang telah di kongsi kan pada saya, kalau terdapat sebarang kesalahan dan info yang tersalah saya susun sepuluh jari kemaafan, jangan segan untuk menegur saya, kerana saya pun masih belajar, moga dgn teguran baik dapat merangsang minda saya untuk mengumpul lebih byk info dan menulis insyallah doakan saya yer.
Alkisah izinkan saya mulakan luahan Rasa saya berkenaan Blog Lagenda ini......
Blog ini bagi memperingati sumbangan lagenda seniman dan seniwati tanah air yang telah banyak memberikan sumbangan dalam dunia perfileman serta musik tanah air, bagi saya mereka ini lebih dari Lagenda yang tiada tolok bandingannya, mereka harus kita hargai selagi mereka masih hidup, bukan hanya selepas mereka sudah tiada, kerna pada saya jika mahu hargai jasa sesaorang haruslah waktu org itu masih hidup, sekurang2nya mereka2 yang telah banyak berjasa untuk dunia perfileman dan musik tanah air, dapat merasakan yang mereka di hargai walaupun di usia senja, berbaloi gitu segala usaha yang di lakukan sepanjang hayat mereka, masyarakat lebih2 lagi orang2 tertentu menhargai usaha mereka tu, bukan nak mendewakan tapi MENGHARGAI segala usaha keras mereka selama ini.
Dalam coretan dan post blog saya akan datang, berkemungkinan saya akan lampirkan posting di merata internet yang mana boleh saya jadikan bahan dan akan saya kumpul di page ini, dan dgn itu saya dahului dgn ucapan ribuan terima kasih pada artikel2 dan info2, serta gambar2 lama yang bakal saya lampirkan di website ini.
Hargai JASA SENIMAN & SENIWATI kita selagi mereka ada... assest negara penting buat kita, doa saya buat mereka yang masih hidup, moga hari2 yang di lalui akan lebih tenang dan gembira bersama keluarga, dgn bertambah kesihatan diri sihat dunia akhirat insyallah amin dan moga di permudahkan segala urusan dan di murahkan rezeki walaupun dlm usia emas, moga dapat terus berkarya dan salam kasih sayang dari kami semua peminat setia Lagenda...
Sekalung doa buat seniman dan seniwati tanahair yang sudah tiada,moga aman di sisi nya ALFATEHA....
ps: info ini akan di kemas kini dari masa ke masa..[untuk masa ini, terimalah seadanya]

Subscribe to:
Posts (Atom)